Monday 12 March 2012

SEJARAH PENUBUHAN KADET POLIS MALAYSIA

Pada hari ini 18.11.1969, Majlis Gerakan Negara di bawah Pengarahnya Tun Abdul Razak bin Hussein telah meluluskan Undang-undang Penubuhan Pasukan Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Undang-undang itu meliputi peraturan-peraturan penubuhan keanggotaan, organisasi dan juga disiplin dalam panduan kadet polis. Penubuhan pasukan tersebut merupakan aktiviti baru bagi para pelajar untuk menyemai semangat tanggungjawab dan disiplin di kalangan mereka. Di samping itu, ahli-ahli pasukan akan dapat memahami tugas-tugas dan tanggungjawab polis yang sebenar. Menurut Undang-undang itu, ahli-ahli pasukan dan pegawai-pegawai rendah muda adalah dianggotai oleh para pelajar lelaki dan perempuan dari semua kaum. Pegawai-pegawai kanan pula terdiri daripada guru-guru yang berumur antara 21 hingga 50 tahun. Mereka akan berkhidmat secara sukarela tetapi jika mereka tercedera atau meninggal dunia semasa menjalankan tugas, bayaran saguhati akan diberikan. Satu pasukan kadet polis mestilah sekurang-kurangnya mempunyai satu platun yang terdiri dari seorang pegawai kanan, tiga orang pegawai muda serta 20 orang anggota kadet. Sebelum pasukan kadet polis ditubuhkan, guru besar sekolah berkenaan hendaklah memohon terlebih dahulu kepada Ketua Pegawai Polis melalui Ketua Pegawai Pelajaran Negeri. Anggota yang dipilih akan menandatangani syarat ikrar taat setia. Mereka kemudiannya akan mengikuti satu kursus serta beberapa ujian dan peperiksaan. Selanjutnya latihan biasa akan diadakan dari semasa ke semasa. Undang-Undang Pasukan Kadet Polis  Sekolah-Sekolah Menengah Semenanjung Malaysia, yang diluluskan pada hari ini dalam tahun 1969, merupakan langkah awal ke arah mengembangkan lagi pasukan kadet polis di sekolah. Kini jumlah platun di sekolah-sekolah di seluruh negara telah semakin meningkat.

Wednesday 22 February 2012

Latihan Menembak di Lapang Sasar Titi



Latihan bersama 40 orang pelajar sekolah di Lapang sasar Titi telah berjaya diadakan.